Pertandingan INOVASI/REKACIPTA 2007

PENGENALAN
 

Pertandingan Inovasi/Rekacipta Peringkat Negeri Kelantan 2007 adalah merupakan salah satu program sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan (PPST) 2007. Ianya bertujuan untuk menggalakkan masyarakat merekacipta produk-produk teknologi melalui idea-idea yang imaginatif, kreatif dan inventif. Tema program tahun ini adalah "Pembangunan Sains dan Teknologi Ke Arah Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat".

objektif

OBJEKTIF
 

Antara objektif-objektif pertandingan inovasi/rekacipta ini adalah seperti berikut:-

  • Menggalakkan budaya membangunkan produk inovasi/rekacipta sains dan teknologi di kalangan masyarakat.
  • Meningkatkan kesedaran dan penghayatan sains dan teknologi di semua peringkat lapisan masyarakat.
  • Mengembangkan potensi dan kemahiran masyarakat dalam merekabentuk dan merekacipta produk yang kompetitif di pasaran.
  • Mendedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda akan pentingnya sains dan teknologi seiringan dengan perkembangan Sains & Teknologi.
  • kategori

    KATEGORI PERTANDINGAN
     

    Pertandingan ini dibahagikan kepada dua(2) kategori utama iaitu :-

    a)       Agensi Kerajaan, Badan Berkanun/Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Negeri Kelantan.
    (Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Pusat, Badan-badan berkanun Negeri dan   Pusat serta IPT Awam dan Swasta)
    {BORANG PENYERTAAN}

    b)       Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan
    (Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pelajaran, Sekolah Agama Negeri, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah-Sekolah Persendirian)
    {BORANG PENYERTAAN}

    tarikh pertandingan

    TARIKH PERTANDINGAN
     

    a) Kategori Agensi Kerajaan, Badan Berkanun / IPTA / IPTS
    Tarikh            :           22 Ogos 2007
    Tempat          :         Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim
    Masa               :           9:00 pagi - 4:00 petang

    b) Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan
    Tarikh : 22 Ogos 2007
    Tempat : Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim
    Masa : 9:00 pagi - 4:00 petang

    Syarat Pertandingan

    SYARAT PERTANDINGAN
     

    Syarat Penyertaan Pertandingan Inovasi/Rekacipta Peringkat Negeri Kelantan 2007

    MUATURUN