Pertandingan Multimedia Peringkat Negeri Kelantan adalah merupakan pertandingan yang dilaksanakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi peringkat Negeri Kelantan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai/ kakitangan/ pelajar di dalam menghasilkan satu persembahan multimedia yang mampu menyampaikan maklumat dan mesej secara jelas dan menghiburkan dengan menggunakan gabungan lebih dari satu media seperti text, audio, video, grafik dan animasi. Ia juga di harapkan dapat mewujudkan sikap kerjasama diantara pegawai/ kakitangan/ pelajar di dalam mengabungkan idea, tenaga serta mewujudkan satu budaya ICT yang mampu meningkatkan kreativiti sekaligus menampilkan kebolehan bersaing di dalam dunia pengkomputeran.