PROGRAM TERBARU

PROGRAM PEMBANGUNAN SAINS & TEKNOLOGI
 

Klik gambar untuk ke laman web karnival sains & teknologi 2007
Klik di sini untuk ke laman web karnival sains & teknologi 2007

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN
 

Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains dan Teknologi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pembangunan sains dan teknologi negeri kelantan ini.

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG
 

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan Program Pembangunan Sains dan Teknologi yang dirancang oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Program Pembangunan Sains dan Teknologi ini di adakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negara

OBJEKTIF

Objektif
 

Memupuk dan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Sains dan Teknologi di kalangan masyarakat awam Mengiktiraf dan menghargai pencapaian serta sumbangan saintis penyelidikan, tenaga pelajar, wartawan, kakitangan sokongan Sains dan Teknologi, Badan-badan bukan kerajaan dan sektor swasta kepada kemajuan sains  dan teknologi Menggalak dan mendorong lebih ramai pelajar meneruskan pendidikan dan memilih kerjaya dalam bidang sains dan teknologi

Misi

MISI
 

Mewujudkan kreativiti, mengasah bakat dan kemahiran yang merangkumi bidang sains, teknologi dan ICT di kalangan generasi muda di Kelantan melalui pelbagai program ilmiah yang mengaplikasikan sains dan teknologi sepenuhnya.

VISI

VISI
 

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

MUATURUN