Pertandingan aplikasi 2007

PENGENALAN
 

Pertandingan Aplikasi Peringkat Negeri Kelantan 2007 adalah merupakan pertandingan kali Ke-7 dilaksanakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan (PPST) 2007. Ianya bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dari Agensi/Sekolah/Masyarakat di Kelantan terutamanya untuk menghasilkan aplikasi komputer sendiri yang secara tidak langsung boleh menampilkan satu masyarakat peka IT yang kreatif serta mampu mengolah kemudahan komputer kepada satu aplikasi yang boleh diketengahkan kegunaannya.

objektif

OBJEKTIF
 

Antara objektif-objektif pertandingan aplikasi ini adalah seperti berikut:-

  • Menggalakkan penyertaan dari masyarakat untuk menghasilkan aplikasi              komputer secara 'in-house'.
  • Menampilkan satu masyarakat peka IT yang Kreatif serta mampu mengolah kedudukan komputer kepada satu aplikasi yang boleh diketengahkan kegunaannya

kategori

KATEGORI PERTANDINGAN
 

Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :-

a)       Agensi Kerajaan, Badan Berkanun/Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Negeri Kelantan.
(Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Pusat, Badan-badan berkanun Negeri dan   Pusat serta IPT Awam dan Swasta)
{BORANG PENYERTAAN}

b)       Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan
(Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pelajaran, Sekolah Agama Negeri, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah-Sekolah Persendirian)
{BORANG PENYERTAAN}

c)       Kategori Terbuka
(Terbuka kepada masyarakat negeri Kelantan)
{BORANG PENYERTAAN}

tarikh pertandingan

TARIKH PERTANDINGAN
 

a) Kategori Agensi Kerajaan, Badan Berkanun / IPTA / IPTS
Tarikh            :           15 Ogos 2007
Tempat          :         Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim
Masa               :           9:00 pagi - 4:00 petang

b) Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan
Tarikh            :           16 Ogos 2007
Tempat          :         Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim
Masa               :           9:00 pagi - 4:00 petang

b) Kategori Terbuka
Tarikh            :           24 Ogos 2007
Tempat          :         Balai Islam Lundang, Kota Bharu
Masa               :           9:00 pagi - 4:00 petang

Syarat

SYARAT PERTANDINGAN
 

Syarat Penyertaan Pertandingan Aplikasi Peringkat Negeri Kelantan 2007

MUATURUN