| A) |
Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Kelantan
yang berumur 18 tahun ke atas. |
| B) |
Penyertaan pertandingan adalah percuma. |
| C) |
Penyertaan individu atau syarikat akan dikelaskan di bawah satu kategori. |
| D) |
Setiap individu atau syarikat hanya dibenarkan menghantar satu
penyertaan sahaja. |
| E) |
Semua karya hendaklah asli. Jika didapati karya tersebut menyalahi akta hakcipta, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan undang-undang dan penyertaan akan terbatal serta-merta. |
| F) |
Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang diedarkan atau boleh dimuat turun di alamat http://www.ppst.kelantan.gov.my |
| G) |
Setiap karya yang dihasilkan mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan animasi atau pernah digunapakai.Karya pemenang akan menjadi hak milik pihak penganjur dan pihak penganjur berhak menggunakan atau membuat perubahan keseluruhan karya tersebut untuk tujuan pembelajaran atau publisiti.
|
| H) |
Penyertaan yang di hantar tidak akan dipulang kembali kepada peserta. |
| I) |
Penyertaan akan dinilai oleh panel hakim yang bertauliah dan segala keputusan hakim adalah muktamad. |
| J) |
Pihak penganjur berhak untuk mengubah syarat dan peraturan pertandingan jika perlu atau bersesuaian tanpa pemberitahuan dahulu. |
| K) |
Pemenang tidak boleh mengganti atau menukar hadiah. Pihak penganjur berhak untuk menukar hadiah yang bernilai sama ataupun lebih tinggi nilainya. Hadiah tidak boleh ditukar dengan nilai tunai/wang. |
| L) |
Pengadil pertandingan, pihak penganjur dan penaja tidak boleh menyertai pertandingan ini. |
| M) |
Pelanggaran undang-undang hakcipta atau bersifat pornografi atau mana-mana undang-undang di Malaysia akan dibatalkan penyertaan. |
| N) |
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 18 Ogos 2007. Sebarang penerimaan penyertaan ataupun melalui penghantaran pos selepas 18 Ogos 2007 akan dianggap tidak sah dan sebarang permintaan tidak akan dilayan. Borang penyertaan hendaklah dihantar bersama CD/DVD karya dan dokumentasi. Pihak penganjur akan menapis 10 Karya yang terbaik untuk dibawah ke peringkat akhir iaitu pada 25 Ogos 2007. |
| O) |
Pihak urusetia juga akan menghubungi pihak indivitu, institusi atau syarikat terbabit bagi mengesahkan penyertaan ke perinkat akhir. |